Monday, February 13, 2012

UM Memperketatkan Syarat Kemasukan Pelajar Baru?

Assalamualaikum everyone..Sihatkah? Hope sumer sihat je la ye..Aku kat sini sihat2 jer.. Tgh ada mood nak update blog. So, nak gak la kongsi2 pasal Universiti Malaya (UM) merangkap universiti kesayanganku ni yang dah nak memperketatkan syarat-syarat kemasukan pelajar baru lepasan STPM or matriks. Untuk kursus2 kritikal, pelajar mesti dapat maksimum 4.00 pointer & 3.50 pointer utk bidang sastera.. Hmm, nasib baiklah dulu x mcm ni kan.. Kalau x, mungkin aku pun xdapat jadi one of UM students.. Hehe..Apa pun proud to be a UM student. =) Ni lah keratan akhbar pasal isu yang aku cerita tu.

Petikan akhbar Berita Harian berkenaan isu UM perketatkan syarat kemasukan pelajar ke UM


So, utk kawan2 UM skalian, banggalah korg jadi pelajar UM. Bukan senang nak ada kat sini kan..? Kita2 je tau camne payahnya nak jadik student UM nie..huhuhu..Tapi kan, aku mmg stuju gak la dorang wat camni since UM kan terkenal dgn reputasinya. Even, kat Malaysia pun dah kira 'best university', so I think mmg patot UM perketatkan syarat kemasukan ke UM so that dorang leh lahirkan graduan yang betul2 berkualiti pasni. So, don't worry UM..Kami pelajar2 sume support tindakan korang ni.. Ewah..=p


Apa pun, tak kisah la kite keluar dari universiti, politeknik, kolej or IPT apa pun. Yang penting kita jadi graduan yang betul2 berkualiti dan mampu mengubah masa depan kita sendiri..!! Peace no war =D

Friday, February 10, 2012

10 Golongan Orang Yang Menzalimi Diri Sendiri

Salam..Arini aku nak share pasal tajuk di atas tu. Apa lagi kalau bukan pasal 10 golongan yang menzalimi diri sendiri oleh Ustaz Ismail. Hal2 macam ni pada aku mmg sesuai sangat utk dikongsi so that kita xtergolong dalam golongan ini. Jom kita tengok apa Ustaz kata pasal 10 golongan yang dikatakan menzalimi diri sendiri..



Diharap kita semua xde la tergolong dalam golongan2 ni. So, apa kata kita sama2 amek iktibar & pastikan kita buat sesuatu supaya xtergolong dlm kategori 10 golongan ini. Lagi bagus kalau share dgn kawan2 atau saudara-mara kita. Ini penting supaya semua orang tau & tak berbuat perkara2 yg diterangkan di atas tu.. Wallahualam.. 

Sunday, February 5, 2012

A Day at Mr Khoo's House & Yi Sang

Salam... Today, I would like to share about my experience celebrating Chinese New Year (CNY) with my lecturer and friends at my lecturer's house, Mr. Khoo. Last Saturday, kitorg gi ke rumah Sir since Sir invite ktorg makan2 kat umah dia sempena CNY. So, of course la ktorg xlepaskan peluang.. Alang2 leh jumpe kwn2 balik sebab rasa lama lak xjumpe dorg..Maklumla, skrg kan tgh cuti lagi..hehe


Bile dpt jumpe balik ni mmg syok la..Macam2 citer kuar. Tapi, paling byk of course la citer pengalaman dorg intern since dorg nye intern start awal. Syok gak la dgr coz macam2 cerita dorg share with each other. Pastu, sir pun mmg layan ktorg baik punya lah..Dia share story, tanya mcm2 n siap bwk ktorg tgk 1 rumah dia lagi..Pastu, siap amek gamba ktorg byk2 lagi.Terbaik la Sir.. =D


But the best part is Sir ajar ktorg buat 'Yi Sang'.. Mengikut kepercayaan dorg, kalau buat Yi Sang ni leh dapat luck la.. Vegetables ni kita kena toss tinggi2 baru leh dapat luck. Mmg byk ingredients dlm Yi Sang nie. Rasa dia masam2 manis.. Yg aku pasan sengkuang pun ada dlm vege tu.. Hehe


Ni gambar before buat Yi Sang


& yg ni lah kami toss vege tu wat Yi Sang =)

Actually, dlm gamba kedua tu aku tersorok sikit coz masa awal tu dah wat Yi Sang dgn dorg sume.. Bg can kat Atie n Asu lak utk try..Hehe..Lepas dah toss2 segala, baru la ktorg makan hasilnya. Ok gak la..Masam2 manis cuma byk sgt ingredient..hehe. Dah selesai makan tu, ktorg mkn kat luar lak..It's steamboat n pizza time!!!Macam2 kami mkn kan??Untung giler..Pas makan pun sempat Sir ajak bergambar lagi.. Ni la hasilnya.


Ape pun, mmg enjoy la dpt jumpe balik dak2 ni n Sir skali.. Walaupun xramai but still meriah n enjoy. Dah balik pun sempat lepak Majeed sambung sembang sal intern dorg.. Tapi yg ni geng2 ktorg je la..Dibuli, membuli xyah cakap.. Sentiasa ada!!Xbest la kan xngusik2 bile dah berjumpe.. Mangsa usik ni of course la aku.. Sonok korg buli aku kan??hahaha..Ok, stakat di sini dulu wat harini..Hehe

Monday, January 30, 2012

Cara Menahan Marah

Assalamualaikum my dear readers. Semua sihat ke?


Ha, kita sedia maklum kan mmg ramai dikalangan kita ni pernah marah. Ada gak yg suka marah. Kalau yg xpernah marah langsung xda kut sebab pasti akan ada at least 1 sebab utk buatkan kita marah. Ye dakkk?Hehe. Aku pun sama la macam korg semua. Before this, lebey kurg 3,4 tahun lepas aku akui mmg cepat nak marah la (but only on certain circumstances la)..Melampau gak kalau xde pape sebab, asek nak marah jer kan.? Lol. Then, aku blajar utk control marah aku slow2 coz I know x elok camtu. 


So, korang mesti nak tau kan cara-cara yang boleh kita pakai utk tahan marah ni? Hmm, ni aku nak bagitau cara-caranya. Actually, ini aku dpt dari surat khabar (if I'm not mistaken). Bukan reka sendiri tau. Dan cara-cara ni gak la aku tulis kat atas kertas & tampal kat board supaya bila aku rasa nak marah je, aku leh pandang & amalkan. Hehe


Ni dia cara-cara yg boleh korg gunakan utk menahan marah :


1. Baca 'Auzubillahi minasy syaitanirrajim.
2. Ambil air sembahyang (wudhuk) bagi melawan syaitan yg menghasut kita. Kita sedia maklum kan biasanya syaitan ni la yg menghasut kita utk marah. Jadi, kita kenalah lawan dia. Jadi, wudhuk ni lah 1 caranya sebab air kan boleh lawan api. =)
3. Duduk. Bila rasa sakit hati, geram & rasa nak meletup je, duduk dulu.. Kalau perasaan marah semua tuh masih ada, jalan yang terbaik adalah tidur. Dengan tidur la baru kita boleh lupakan seketika perasaan marah tu.
4. Diam. Berdiam diri tu lebih baik dari marah2, keluarkan kata2 kesat, memaki hamun dan sebagainya. Jadi, berdiam diri semasa marah tu adalah lebih baik. Kalau ramai jadik mangsa marah kita, kan xelok..hehe
5. Akhir sekali, bersujud atau buat solat sunat 2 rakaat. Mintak tolong pada Allah s.w.t. utk hilangkan marah & stress kita tu. Insya Allah semuanya akan baik selepas itu.


Ni la antara cara-cara yg kita boleh buat utk menahan diri dari marah. Mungkin ada banyak lagi cara-cara lain. Jadi, fikirkan sendiri mana yang sesuai dan amalkan ia selagi tak bertentangan dengan Islam. Ok daaaaa for now.. =D

Thursday, January 19, 2012

Doa supaya Hajat kita dimakbulkan & Solat Dhuha

Assalamualaikum ladies & gentleman. Ewah!!


Hari ni aku nak berkongsi sedikit la pasal doa yang boleh kita amalkan supaya apa yang kita mintak dimakbulkan Tuhan. Aku ni pun bukanlah bagus mana tapi apa salahnya berkongsi ilmu dan pengetahuan yang kita ada kan. 


Ada banyak sebenarnya cara yang kita boleh buat supaya permintaan kita dimakbulkan. Biasa yang kita buat doa selepas solat la, xpun buat Solat Hajat atau berdoa masa sujud yang terakhir. Aku selalu tengok inilah yang biasa orang buat termasuk aku. Sebenarnya, masih ada doa lain yang kita boleh amalkan supaya Allah tunaikan permintaan kita. For instance, "Ya Allah Ya Zal Jala Liwal Iqrom" yang bermaksud "Wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan". Dengar kata, ayat ni  boleh kita amalkan sebanyak yang mungkin supaya hajat kita dimakbulkan. Insya Allah. Andai kata tak dapat pun, Insya Allah kita boleh dapat yang better. So, kita mohon je lah moga apa yang kita hajati tu dimakbulkan. It's not wrong if we ask anything from our God right?


Besides that, ada jugak doa yang boleh kita amalkan especially bila kita dilanda musibah dan untuk mempermudahkan perjalanan hidup kita di dunia ni. Apa kata kita amalkan doa Nabi Yunus a.s semasa dia berada di dalam perut ikan suatu masa dahulu. Untuk pengetahuan korang, doa inilah yang dibaca oleh Nabi Yunus. Baginda tidak panik pun malah terus baca doa ni untuk memohon pada Allah. Doanya berbunyi "La Ila Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kun'tum Minaz Zo Limin" yang membawa maksud "Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim". So, apabila kita ada masalah ke, bacalah doa ni banyak2. Insya Allah masalah kita akan selesai. What we need is Faith and believe in Allah. DIA pun xkan berikan kita masalah yang kita xmampu lakukan. So, don't ever, ever lose your Faith okay.!!


Ha, selain itu jugak, terdapat masa-masa yang sesuai dan dikira terbaik untuk berdoa kepada Allah. Waktu-waktu yang dimaksudkan ialah :



  • Malam Jumaat
  • Selepas menunaikan solat fardhu
  • Ketika hendak berbuka puasa
  • Malam 1 Syawal
  • Malam Lailatul Qadar
  • Malam Hari Raya Aidiladha
  • Malam Nisfu Syaaban
  • Malam 10 Muharram
  • Selepas qhatam Quran
  • Diantara waktu solat Zuhur & Asar
  • Diantara waktu azan & iqamah
  • Selepas bersedekah kepada fakir miskin
  • Setelah melakukan kebaikan
  • Ketika hujan turun setelah berlakunya kemarau
  • Ketika Khatib duduk semasa khutbah kedua dimulakan (semasa bacaan doa)
Apa pun kita kena ingat, kita perlu berdoa dengan ikhlas. Barulah doa kita boleh dimakbulkan dan kalau boleh, mohonlah rakan-rakan dan kaum keluarga kita untuk turut sama mendoakan kita. But, don't force them ok. Nanti dah jadi xikhlas pulak kan. Lagipun, hanya doa orang yang bersungguh-sungguh dan ikhlas ni la yang biasanya dimakbulkan. Jadi, kita kena ikhlas & percaya kepada Allah kalau nak doa kita dimakbulkan ok..

Lastly, nak berkongsi pasal Solat Dhuha pulak. Dhuha ni sebenarnya bermaksud pagi & ia pun dilakukan di waktu pagi (kenalah dengan namanya pun kan)..Hehe. Solat Dhuha ni boleh kita lakukan diantara pukul 7 pagi hingga 1 petang. Doa yang disarankan untuk kita baca selepas kita melakukan solat Dhuha ialah 


Maksudnya : Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu & perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah & jika ada di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah & jika haram sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan & kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2 Mu yang soleh.

So, itu aje lah yang mampu aku kongsikan untuk harini. Moga doa & amalan kita diterima oleh Allah.. Amin.. =D









Jalan-jalan, Ice Skating and Ayam Penyet..

Assalamualaikum rakan2 sekalian.. Ni la my first entry untuk blog baru. Pernah ada blog sebelum ni tapi buang dah gara-gara menyampah tengok..hahaha.. Anyway, ni nak cerita pengalaman first time men ice skating kat Sunway Piramid and hanging out with my dearest friends..

Asalnya, sebelum gi ice skating, aku yang ajak member2 ni sume gi main bowling..last2 pagi tuh dapat call dari Amar ajak gi main ice skating. Dia kata g best try benda yang kita xpernah wat. Mula2 mcm xbape stuju nak ikot coz aku mana pernah main ice skating.. Setakat roller blade tuh pernah la..Itu pun dah ku tinggalkan berapa tahun dah (Since last main masa sekolah rendah..hehe).. Amar cakap jangan la risau coz yang lain2 pun xreti main. So, finally aku pun decide nak follow since I can gain new experience kot..Mana la tau bole pro lepas nie kan.. Iye2 aje..haha..Then, aku pun ajak la angah, nisa n jah sekali..Luckily dorang pun nak follow, so ramai la ckit geng2 pompan kan..

So, dah sampai sana memang macam2 ragam la. Tau2 je la bila masing2 excited nak try benda baru kan.. Awal2 da sibuk bergambar. Ada gak yang xnak main. Ada lak yang main setengah jam n surrender pas 3x jatuh.. Macam2.. Bila dah main, seronoknya xingat la.. Cuma letih gak la coz pakai energy. Nasib bek ada sifu Amar tolong ajarkan & nasib bek jugak la aku berjaya cipta rekod xjatuh sepanjang main kat sana.. Ramai gak member & orang luar yang jatuh masa main. Yela, nak main ni pun kena pandai imbangkan badan n gerakkan kaki betul2. Susah gak la..Lagi ada uncle yang saiko duk kacau2 orang kat situ. Aku one of his victim.. Cis, bertuah nye uncle. Bole lak dia laju2 ke arah kita macam nak langgar.. Sakit ati den..Huhu..Nway, ni gamba sempat ktorang post pas kepenatan ber'ice-skating'..




Lepas tu, kami pi makan pulak since masing2 da kebuluran..=p Last2, kitorang decide makan kat restoran yang jual ayam penyet dekat Sunway Piramid tu jugak. Since kitorang 12 orang, so, kitorang dapat meja yang reserved untuk orang yg datang ramai2 la..Cantik tempat tu.Muat2 kitorang 12 orang. Pasal makanan dia lak, bole tahan la jugak. Yang kelakar tengok muka mal kepedasan..Huhuhu..Kitorang makan aritu ada la RM15 sorang...Sebelum makan, lepas makan pun sempat g berposing.. Macam2 kerenah ktorang ni kan..Meh2 tengok gamba kitorang..=)










Apa pun memang having fun sangat la walaupun penat. Syok coz dapat kuar ramai-ramai, pastu dapat try new thing and enjoy dengan member2..Pasni xtau la bole wat camni lagi ke since masing2 mesti semakin busy. Apa pun, hope we can do this again next time. Cukup la sampai sini for today. Until we meet again.... Daaaaaaaaaa~