Assalamualaikum my dear readers. Semua sihat ke?
Ha, kita sedia maklum kan mmg ramai dikalangan kita ni pernah marah. Ada gak yg suka marah. Kalau yg xpernah marah langsung xda kut sebab pasti akan ada at least 1 sebab utk buatkan kita marah. Ye dakkk?Hehe. Aku pun sama la macam korg semua. Before this, lebey kurg 3,4 tahun lepas aku akui mmg cepat nak marah la (but only on certain circumstances la)..Melampau gak kalau xde pape sebab, asek nak marah jer kan.? Lol. Then, aku blajar utk control marah aku slow2 coz I know x elok camtu.
So, korang mesti nak tau kan cara-cara yang boleh kita pakai utk tahan marah ni? Hmm, ni aku nak bagitau cara-caranya. Actually, ini aku dpt dari surat khabar (if I'm not mistaken). Bukan reka sendiri tau. Dan cara-cara ni gak la aku tulis kat atas kertas & tampal kat board supaya bila aku rasa nak marah je, aku leh pandang & amalkan. Hehe
Ni dia cara-cara yg boleh korg gunakan utk menahan marah :
1. Baca 'Auzubillahi minasy syaitanirrajim.
2. Ambil air sembahyang (wudhuk) bagi melawan syaitan yg menghasut kita. Kita sedia maklum kan biasanya syaitan ni la yg menghasut kita utk marah. Jadi, kita kenalah lawan dia. Jadi, wudhuk ni lah 1 caranya sebab air kan boleh lawan api. =)
3. Duduk. Bila rasa sakit hati, geram & rasa nak meletup je, duduk dulu.. Kalau perasaan marah semua tuh masih ada, jalan yang terbaik adalah tidur. Dengan tidur la baru kita boleh lupakan seketika perasaan marah tu.
4. Diam. Berdiam diri tu lebih baik dari marah2, keluarkan kata2 kesat, memaki hamun dan sebagainya. Jadi, berdiam diri semasa marah tu adalah lebih baik. Kalau ramai jadik mangsa marah kita, kan xelok..hehe
5. Akhir sekali, bersujud atau buat solat sunat 2 rakaat. Mintak tolong pada Allah s.w.t. utk hilangkan marah & stress kita tu. Insya Allah semuanya akan baik selepas itu.
Ni la antara cara-cara yg kita boleh buat utk menahan diri dari marah. Mungkin ada banyak lagi cara-cara lain. Jadi, fikirkan sendiri mana yang sesuai dan amalkan ia selagi tak bertentangan dengan Islam. Ok daaaaa for now.. =D
No comments:
Post a Comment