Hari ni aku nak berkongsi sedikit la pasal doa yang boleh kita amalkan supaya apa yang kita mintak dimakbulkan Tuhan. Aku ni pun bukanlah bagus mana tapi apa salahnya berkongsi ilmu dan pengetahuan yang kita ada kan.
Ada banyak sebenarnya cara yang kita boleh buat supaya permintaan kita dimakbulkan. Biasa yang kita buat doa selepas solat la, xpun buat Solat Hajat atau berdoa masa sujud yang terakhir. Aku selalu tengok inilah yang biasa orang buat termasuk aku. Sebenarnya, masih ada doa lain yang kita boleh amalkan supaya Allah tunaikan permintaan kita. For instance, "Ya Allah Ya Zal Jala Liwal Iqrom" yang bermaksud "Wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan". Dengar kata, ayat ni boleh kita amalkan sebanyak yang mungkin supaya hajat kita dimakbulkan. Insya Allah. Andai kata tak dapat pun, Insya Allah kita boleh dapat yang better. So, kita mohon je lah moga apa yang kita hajati tu dimakbulkan. It's not wrong if we ask anything from our God right?
Besides that, ada jugak doa yang boleh kita amalkan especially bila kita dilanda musibah dan untuk mempermudahkan perjalanan hidup kita di dunia ni. Apa kata kita amalkan doa Nabi Yunus a.s semasa dia berada di dalam perut ikan suatu masa dahulu. Untuk pengetahuan korang, doa inilah yang dibaca oleh Nabi Yunus. Baginda tidak panik pun malah terus baca doa ni untuk memohon pada Allah. Doanya berbunyi "La Ila Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kun'tum Minaz Zo Limin" yang membawa maksud "Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim". So, apabila kita ada masalah ke, bacalah doa ni banyak2. Insya Allah masalah kita akan selesai. What we need is Faith and believe in Allah. DIA pun xkan berikan kita masalah yang kita xmampu lakukan. So, don't ever, ever lose your Faith okay.!!
Ha, selain itu jugak, terdapat masa-masa yang sesuai dan dikira terbaik untuk berdoa kepada Allah. Waktu-waktu yang dimaksudkan ialah :
- Malam Jumaat
- Selepas menunaikan solat fardhu
- Ketika hendak berbuka puasa
- Malam 1 Syawal
- Malam Lailatul Qadar
- Malam Hari Raya Aidiladha
- Malam Nisfu Syaaban
- Malam 10 Muharram
- Selepas qhatam Quran
- Diantara waktu solat Zuhur & Asar
- Diantara waktu azan & iqamah
- Selepas bersedekah kepada fakir miskin
- Setelah melakukan kebaikan
- Ketika hujan turun setelah berlakunya kemarau
- Ketika Khatib duduk semasa khutbah kedua dimulakan (semasa bacaan doa)
Apa pun kita kena ingat, kita perlu berdoa dengan ikhlas. Barulah doa kita boleh dimakbulkan dan kalau boleh, mohonlah rakan-rakan dan kaum keluarga kita untuk turut sama mendoakan kita. But, don't force them ok. Nanti dah jadi xikhlas pulak kan. Lagipun, hanya doa orang yang bersungguh-sungguh dan ikhlas ni la yang biasanya dimakbulkan. Jadi, kita kena ikhlas & percaya kepada Allah kalau nak doa kita dimakbulkan ok..
Lastly, nak berkongsi pasal Solat Dhuha pulak. Dhuha ni sebenarnya bermaksud pagi & ia pun dilakukan di waktu pagi (kenalah dengan namanya pun kan)..Hehe. Solat Dhuha ni boleh kita lakukan diantara pukul 7 pagi hingga 1 petang. Doa yang disarankan untuk kita baca selepas kita melakukan solat Dhuha ialah
Maksudnya : Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu & perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah & jika ada di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah & jika haram sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan & kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2 Mu yang soleh.
So, itu aje lah yang mampu aku kongsikan untuk harini. Moga doa & amalan kita diterima oleh Allah.. Amin.. =D
No comments:
Post a Comment